Monday, February 13, 2012

Ombak Rindu - Kelakar

Baca buku terbalik????

Aku tengok jugak Ombak Rindu ni. Tengok punya tengok ter"pengsan" sekejap ternampak scene ni. Kenapa Makcik ni baca buku terbalik eh? Tengok tulisan "BLOG" kat buku yang dia baca tu.

P/S: Kalo sesiapa tahu, memang ada buku yang tulisan dia terbalik kat page belakang. Saja jer.

Tuesday, February 7, 2012


Ada tak sesiapa tahu kenapa tangan Pak Cik ni putus? Dia ni banyak mencuri ke eh? Gambar ni kat Kota A' Famosa - St Paul's Hill. Pak Cik ni nama dia Paul. Bukit ni dinamakan sempena nama dia lah kot. View cantek kat atas bukit ni. Tapi patung tangan putus ni lagi interesting rasanya.

Wednesday, December 21, 2011

Ferret? Apa tu?



Mula - mula adalah seorang kawan aku ni, introduce binatang ni dekat aku. Dia ada 3 ekor makhluk ni. Geli aku nak pegang awal - awal dulu. Tapi bila dah lama - lama tu rasa comel pulak. Ha ha ha.

Yang bawah tu Pookie. Aku yang bagi nama ni kat dia. Tuan punya dia, dulu nak namakan dia ni 'Jewel', tapi tak lekat. Pookie jugak yang lekat. Yang atas tu nama dia Kaos. Pookie ni betina, Kaos tu pulak jantan, sebenarnya ada lagi seekor nama dia Disco - jantan. Tapi aku jarang pegang si Disco tu. Dia selalu menggigit.

Aku pun tak tahu binatang ni wujud kat Malaysia mulanya. Sebab selalu tengok dalam movie je. Ingat lagi dulu - dulu, cerita siri Beastmaster kat TV2 ( dulu Astro mahal, he he he ), binatang ni lah jadi pelakon pembantu kalau yu'ols nak tahu.

Comel kan?

Tuesday, November 2, 2010

Swimming?


Gambar ni masa trip dengan classmates. Alah.. masa muda - muda dulu. Trip pergi Kuala Lumpur, menginap dekat Hotel Grand Continental. Macam lah tak ada tempat lain nak pergi Trip kan? Tak apalah, pihak atasan suruh, kitorang oerganize aje lah.

Aku adalah diantaranya yang galak berenang hari tu, sebab aku memang suka berenang pun. Tak sangka pulak diorang boleh shoot aku punya aksi time - time ni. Tapi lepas tengok balik, macam gaya perenang professional pulak. Ehem ehem. Boleh??

Sunday, October 31, 2010

Annoying tak?

Inilah jadinya kalau ambil gambar di bawah pengawasan orang dewasa. Ada yang snatch dari penjuru kiri, kanan, depan, (yang belakang tu no komen la, maybe gila ke sawan ke), semuanya cari sisi paling cantik bagi diri sendiri. Tapi tolonglah uols, lain kali suruh ajelah orang lain ambilkan gambar korang ok....

Friday, October 29, 2010

Double Hot




Suatu petang, aku dan kakak sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Seingatnyelah, 14 September 2010, time tu lalulah satu roadblock polis ni. Tetiba nampak, ada sorang polis ni, pakai payung. Kepanasan agaknya, takut sunburn kat tengah panas tu. Tapi yang menyebabkan kitorang tertarik adalah warna payung dia yang kuning "Ouchhhh" kitorang panggil.

Bukan nak mengutuk tapi ianya terlalu feminin untuk seorang polis yang hendak menyekat laluan. Agaknya perompak yang muka ganas pun boleh gelak besar tengok dia. Takdelah mengancam mana. Tapi, kalo sekali pandang bukan macam pemeriksaan polis, tapi dia patut tulis; "hot stuff please stop". Ha ha ha. Nasib baik kuning, kalau pink aku tak tau la nak cakap apa.