Tuesday, February 7, 2012


Ada tak sesiapa tahu kenapa tangan Pak Cik ni putus? Dia ni banyak mencuri ke eh? Gambar ni kat Kota A' Famosa - St Paul's Hill. Pak Cik ni nama dia Paul. Bukit ni dinamakan sempena nama dia lah kot. View cantek kat atas bukit ni. Tapi patung tangan putus ni lagi interesting rasanya.

Wednesday, December 21, 2011

Ferret? Apa tu?



Mula - mula adalah seorang kawan aku ni, introduce binatang ni dekat aku. Dia ada 3 ekor makhluk ni. Geli aku nak pegang awal - awal dulu. Tapi bila dah lama - lama tu rasa comel pulak. Ha ha ha.

Yang bawah tu Pookie. Aku yang bagi nama ni kat dia. Tuan punya dia, dulu nak namakan dia ni 'Jewel', tapi tak lekat. Pookie jugak yang lekat. Yang atas tu nama dia Kaos. Pookie ni betina, Kaos tu pulak jantan, sebenarnya ada lagi seekor nama dia Disco - jantan. Tapi aku jarang pegang si Disco tu. Dia selalu menggigit.

Aku pun tak tahu binatang ni wujud kat Malaysia mulanya. Sebab selalu tengok dalam movie je. Ingat lagi dulu - dulu, cerita siri Beastmaster kat TV2 ( dulu Astro mahal, he he he ), binatang ni lah jadi pelakon pembantu kalau yu'ols nak tahu.

Comel kan?